Monday 15 August 2011

Wahai sahabat perempuan. Wahai sahabat lelaki.

hai perempuan.Di sini saya nak bagitau kat awak yang saya sayang awak. ya. sayang. tapi awak telah membuatkan saya sangat marah pada awak. awak yg dahulunya sy hormat pada maruah awak yg tinggi tu, kini berada di bawah kaki saya. saya nak awak tahu yang saya dah tahu segala2nya tentang awak. awak kawan saya dan dia jugak kawan saya. saya berasa betol2 di tengah dan saya tak tahu nk berpihak pada siapa. saya kasihankan awak. tp saya juga kasihankan sahabat sy. sy rasa sangat bersalah. sangat2 bersalah.

untuk awak yg bergelar perempuan.saya nak awak tahu yang kita sebagai seorang perempuan mempunyai maruah yang sangat tinggi. saya tahu saya pon tidak sempurna. tidak mempunyai nilai keimanan dan keislaman yg tinggi. tapi sekurang2nya saya menghargai nilai maruah saya iaitu perempuan. perempuan. perempuan.
saya juga nak awak tahu bahawa perempuan lah penggoncang dunia. perempuan lah penghuni neraka yg paling ramai. tetapi kerana atas nama perempuan, mudahnya kita untuk ke syurga.

untuk awak sahabat perempuan saya. saya nak awak tahu sekali lagi segala rahsia awak telah terbongkar. saya nak awak tahu yang saya sudah tahu apa yang awak lakukan di belakang saya, tanpa pengetahuan saya. kerana kaum adam, nilai seorang perempuan awak telah gadaikan. betapa mudahnya kan awak??
pernahkah awak terfikir bahawa apa yg awak buat ni satu kesalahan yang sangat besar? dosa yang bole membawa awak ke neraka? pernah ka? ya.mungkin itu atas 9 nafsu awak. tp saya nak awak ingat apa yang saya pernah nasihatkan pada awak. jangan terlalu mudah jatuh dengan godaan kaum adam. tidak semuanya yang betol2 inginkan kita. jangan terlalu yakin dengan kata2 mereka. mereka hanyalah manis di bibir tetapi duri di hati.

terhadap awak wahai kawan perempuan. saya nak luahkan semuanya di sini. saya nak awak tahu yang saya telah banyak menasihati awak. bukan sahaja saya, malah kawan2 yang lain. dan saya nak awak tahu bahawa awaklah perempuan yang susah nak terima kritikan.nasihat dan jenis tak makan saman. awak hanya percaya pada kaum adam. awak hanya percaya pada kata2 mereka. mahukah saya pergi kepada kaum adam yang telah menjatuhkan nilai awak untuk menasihati awak? tidakkah awak mempunyai rasa malu? di mana letaknya malu awak wahai perempuan?? sedangkan maruah awak boleh campak, inikan pula perasaan malu..

kehadapan lelaki. saya nak awak tahu yang sikap awak membuatkan saya hilang kepercayaan terhadap awak.. saya ingat awak boleh menjaga sahabat saya. tetapi awak telah merosakkan apa yang ada padanya. di mana tanggungjawab awak sebagai seorang lelaki islam? saya tahu saya juga tak sempurna. tapi saya sebagai seorang perempuan ingin memberitahu awak bahawa pandangan saya pada awak yang dahulunya seperti langit kini di tanah. dan saya terasa ingin ludah pada awak. awak lah lelaki pertama yang membuatkan saya terasa menyampah dengan semua lelaki yang ada di sekeliling saya. kerana awak persepsi saya terhadap lelaki semuanya sama.

wahai lelaki. kini, saya dah tak ingin nak melihat muka awak lagi. hati saya terasa sakit atas perbuatan awak. di mana letaknya tanggungjawab awak wahai lelaki? di mana letaknya maruah awak wahai lelaki? di mana letaknya iman awak wahai lelaki? di mana ?? saya berharap awak sedar apa yang awak telah lakukan. saya nak awak betol2 tahu yang saya sanggup baling kamus dewan ke muka awak gara2 sikap awak yang bodoh kerana nafsu. awak bodoh. awak bodoh. awak bodoh. *maaf

kini saya hanya mengharapkan pada seorang sahaja lelaki. lelaki yang dahulunya sangat jahil. lelaki yang tidak kisah tentang agama dan imannya. hanya dia sahaja lah yg boleh mengubah awak wahai sahabat perempuan. kerana hati saya yakin pada dia walaupun bukan dengan kadar 100%. saya harap awak tidak mengecewakan saya untuk kali ini.

saya sebagai seorang kawan perempuan jugak terasa sangat bersalah.sangat menyesal. sangat bodoh dengan tindakan diri sendiri. kalau kerana bukan saya, pasti awak tidak ke tahap macam ini. awak pasti seorang yang tidak terlalu dikenali dan kalau tidak kerana saya awak pasti masih menjadi seorang perempuan yang sangat baik. ya. saya mengaku saya bodoh. saya menyesal membawa awak ke dunia saya. saya tak tahu bahawa awak boleh menjadi ke tahap yg lebih teruk dari yg saya sangkakan. saya dan kawan2 cuma ingin membantu awak tapi awak telah menggunakannya secara berlebihan. dan sekarang hampir semua org bercerita tentang awak sedangkan awak masih bahagia dengan dunia lakonan yg bodoh ni.

terima kasih la wahai lelaki apa yang telah awak lakukan. saya bersumpah bahawa awak akan gila di sepanjang jalan tunku abd rahman.
terima kasih juga kepada perempuan atas perasaan awak terhadap saya. saya tahu yg awak benci saya. tetapi sy bukannya jenis kisah. saya hanya mendiamkan diri dan melakukan hal sendiri. tapi saya nak awak tahu bila sampai satu tahap kesabaran saya habis, maka semua benda akan saya ungkitkan. saya nak awak sedar yang saya telah banyak korbankan masa dan juga harta untuk awak. saya nak awak sedar yang saya dah banyak bantu awak.saya nak awak sedar segala2nya sehinggakan awak menyesal dengan apa yg telah awak dapat.

walaubagaimanapun awak wahai lelaki juga perempuan. saya tetap sayangkan awak sebagai sahabat dan juga saudara sesama islam.


ikhlas dari,
sahabat.

No comments:

Post a Comment